SMK Simpang Rengam telah
menerima kunjungan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Johor Tn Haji Mokhy bin Saidon pada 4 mac 2008. Kehadiraan beliau ke SMK Simpang Rengam secara bersendirin itu bermula daripada 7.05 pagi.
Kehadiran beliau adalah untuk tujuan pemantauan perjalanan sekolah-sekolah di Negeri Johor yang biasa dilakukan oleh beliau untuk memastikan perjalanan sekolah adalah di tahap yang cemerlang. Beliau pada mulanya ingin melihat perjalanan perhimpunan pagi yang diadakan di hadapan sekolah tetapi perhimpunan pada hari tersebut telah tidak dapat dijalankan kerana hari hujan.
Pemantauan seterusnya adalah ke Pejabat Pentadbiran Sekolah di mana beliau telah diberikan taklimat oleh En Paimen bin Hj Abdul Jalil Guru Penolong HEM.
Beliau telah meminta agar dibawa melawat ke kantin sekolah. Beliau ingin melihat bagaimana proses penyediaan makanan dilakukan untuk memastikan adalah bersih dan sempurna kerana terdapat banyak kes-kes keracunan di kantin sekolah kebelakangan ini.

Semuga dengan kehadiran beliau akan dapat lagi menyemarakkan usaha kami dalam mendidik anak-anak bangsa kami supaya menjadi warga masyarakat yang cemerlang.